Friday, May 30, 2014

Siri Amalan Pemakanan Sunnah

Siri Amalan Pemakanan Sunnah  -

Kapsul Minyak Zaitun

Nama saintifik zaitun ialah Oleaeurofea. Tinggi pokoknya kira-kira tiga meter yang hanya tumbuh di daerah yang beriklim Mediterranean. Daunnya hijau terang dan buah yang masak ranum berwarna ungu kehitaman serta amat kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K, dan zat besi. Buah zaitun yang paling baik kualitinya ialah yang dihasilkan di Greece. Bagaimanapun, Sepanyol dan Itali merupakan pengeluar minyak zaitun terbesar. Namun begitu 40% daripada minyak zaitun yang dijual di negara tersebut adalah berasal dari Syria.

Mengikut sejarah, beratus-ratus tahun yang lalu, dalam puisi Romawi disebutkan bahawa buah Zaitun dapat memulihkan dan memperkuatkan daya tahan tubuh.

Sementara itu, Bapa Kedoktoran Moden, Socrates pula menyarankan agar kita mengambil jus segar zaitun bagi menyembuhkan gangguan mental dan masalah pencernaan. Selain itu banyak lagi kajian oleh pakar sains yang mengatakan bahawa minyak zaitun merupakan sejenis antioksida yang diperlukan untuk memerangi LDL kolesterol (kolesterol jahat) yang menyumbat arteri jantung, penyebab utama serangan jantung. Penelitian ini diperkuatkan lagi dengan bukti bahawa jumlah penduduk Mediterranean yang terkena serangan jantung amat kecil berbanding penduduk dunia yang lain.


Minyak zaitun yang tulen adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi mempastikan kadar asid yang rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai kuasa untuk merawat penyakit. Ia bukan sahaja menyihatkan tetapi juga menambah perisa dalam masakan.

Minyak zaitun boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) juga luaran (kecantikan). Ia merupakan syarat utama untuk gaya hidup yang lebih sihat. Ia digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana ciri-cirinya yang boleh melembutkan kulit. Ia merupakan minyak semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. Paras asid yang rendah memudahkan penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E dalam minyak zaitun dapat merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung koronari. Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku. Kesimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan.

Mengikut hasil kajian yang dijalankan oleh Ketua Jabatan Epideminologi, Universiti Harvard, Dr. Dimitnios Tnichopoulos menunjukkan bahawa penggunaan minyak zaitun dalam jumlah yang besar dapat menurunkan risiko kanser payudara sehingga 50 peratus.

Manakala mengikut kajian yang diketuai oleh professor Miguel Gassull di Hospital Universiti "Germans Trias Pujol" di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon.

Saintis Jepun pula mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.

Ibnu Qayyim pernah meriwayatkan bahawa minyak Zaitun yang dibancuh dengan sedikit garam boleh meredakan radang gusi dan gigi. Menurutnya lagi minyak zaitun dapat menawarkan racun dan mengeluarkan cacing.

Pakar kecantikan juga sepakat mengatakan bahawa minyak zaitun amat berguna untuk kecantikan. Vitamin E yang terkandung dalamnya dikatakan dapat meremajakan, menjaga kelembapan dan kekenyalan kulit. Kononnya Cleopatra, ratu Mesir purba yang jelita itu juga menggunakan minyak zaitun untuk menjaga kecantikannya.

Jadi tidak syak lagi bahawa minyak zaitun ini sememangnya mempunyai khasiatnya yang unik dan dapat menyembuhkan 1001 macam jenis penyakit.

Add caption

Wednesday, April 2, 2014

Khidmat Logistik

Kepakaran mengangkut barang dagangan sangat penting dalam menjalankan bisnes atau apa saja tujuan kita. Tak kiralah melalui udara, laut mahupun darat. Penyelesaian khidmat logistik yang effektif, effisien dan yang penting selamat memberi ketenangan kepada sesiapa saja yang menggunakannya.
Saya adalah salah seorang pengguna perkhidmatan pengangkutan logistik darat terutamanya dalam mengangkut barangan dari kilang dan darigudang ke gudang.
Salah satu rakan perkhidmatan logistik yang ingin diperkenalkan ialah LORI KEDAH.
Berdasarkan pengalaman saya, macam -macam dia bawa. khidmat terbaik...
Boleh call untuk buat arragement - Kalau untuk mengangkut barang dari utara ke kl dan dari KL ke utara, orang kita cakap ' no hal lah" nak pindah rumah pun boleh.seminggu 2 kali ke Kedah dan sebaliknya. Lori 3 tan pulak tu.


Untuk matlumat lanjut. bolehlah call En RAFAIE RAHIM -0164520175 atau kunjungi https://www.facebook.com/LoriKedah

Friday, October 25, 2013

16 nasihat Dr. Mahathir kepada peniaga melayu

16 nasihat Dr. Mahathir kepada peniaga melayu
Bacalah 16 pesanan Dr. Mahathir kepada peniaga melayu sebagai dorongan dan
semangat buat kita:
Nasihat mahathir..
1. Melayu perlu belajar dari bawah.
Bangsa Melayu perlu belajar dari bawah sebelum masuk dunia perniagaan.
Bukan sekadar ada wang dan membuka bisnes,namun perlu belajar dengan bekerja dalam bidang tertentu dan memahami selok belok dunia perniagaan .Contohnya jika mahu membuka retsoran, bekerja dan melihat situasi dunia perniagaan restoran dari pekerja membuat air, tukang masak, pelayan dan sebagainya. Pengalaman dan kemahiran akan membantu kita bila membuka perniagaan.

2. Modal efektif.
Melayu yang mahu berniaga perlu mempunyai modal efektif dan relevan. Contohnya jika mahu membuka bisnes bernilai RM100,000 perlu ada wang tunai RM300,000. RM100,000 untuk bisnes, bakinya untuk pengurusan dan modal menghadapi pelbagai masalah dalam perniagaan. Adalah salah hanya mempunyai RM100,000 jika mahu membuka bisnes bernilai RM100,000.

3. Berusaha bersungguh-sungguh.
Melayu perlu berusaha bersunguh-sungguh tanpa jemu. Usaha berterusan sama ada dalam promosi, pemasaran, produk dan sebagainya. Tanpa usaha keras, kejayaan tidak akan datang.

4. Bersabar dalam tempoh lama. Melayu perlu belajar bersabar kerana bisnes perlukan masa yang panjang. Dr Mahathir berkata “Saya buka kedai roti dah 5 tahun tapi belum nampak untung…”.Perniagaan perlukan masa panjang untuk berjaya, bukan sekelip mata.

5. Mengenai jenis perniagaan.
Melayu perlu mengenali jenis perniagaan dengan baik. Jika buka restoran, tahu apa jenis masakan, cara promosi, cara menambahkan pelanggan dan sebagainya.

6. Rajin meninjau bisnes.
Melayu perlu rajin keluar dari pejabat dan meninjau dunia perniagaan sama ada produk, pekerja dan segalanya. Sikap Melayu yang hanya terperap dalam pejabat akan menyebabkan kegagalan.

7. Manfaatkan teknologi.
Melayu perlu manfaatkan segala teknologi seperti peralatan mesin moden, internet dan sebagainya. Ini akan membantu melahirkan produk berkualiti dan berjaya dalam pasaran.

8. Sentiasa tambahkan aset.
Melayu perlu sentiasa tambahkan aset seperti pembelian tanah, rumah kedai, emas dan sebagainya kerana harganya akan meningkat. Beliau mengatakan tanah di KL dibeli oleh Pavilion dengan harga RM7000 satu kaki.

9. Belajar dengan bangsa lain.
Melayu perlu belajar dengan bangsa lain. Jika di Malaysia Cina berjaya dalam bisnes, Melayu perlu belajar dengan mereka. Belajar dengan manusia berjaya akan membantu kita berjaya seperti mereka.

10. Ikhlas dalam perniagaan.
Melayu perlu ikhlas menjalankan bisnes, bukan hanya mencari kekayaan namun memanfaatkan kekayaan untuk kebaikan.

11. Menolak mitos.
Ramai Melayu menganggap Cina berjaya kerna menipu sedangkan ia mitos. Hakikatnya Cina berjaya kerna usaha keras dan gigih. Mereka datang ke Tanah Melayu tiada apa-apa dan kini menguasai ekonomi negara. Beliau menyindir “Kalau ada yang anggap Cina kaya sebab menipu, buatlah!”

12. Mengamalkan peribadi mulia.
Usahawan Melayu perlu mengamalkan sikap positif dalam kehidupan seperti rajin, amanah, tidak menipu dan sebagainya. Setiap amalan baik perlu diterapkan jika mahu berjaya. Manusia yang menipu dan tidak amanah, kejayaan bersifat sementara dan tidak kekal.

13. Menjauhkan sifat keji.
Melayu perlu menjauhkan sifat keji seperti suka berbohong, mungkir janji, tidak amanah, menjual harga terlampau tinggi, hasad dengki, menjatuhkan bisnes orang lain dan sebagainya. Sikap keji adalah punca kebanyakan usahawan Melayu gagal dalam bisnes.

14. Jangan terlalu bergantung dengan tender kerajaan.
Melayu tidak boleh bergantung dengan tender kerajaan kerna kuota terhad dan jumlah usahawan yang ramai. Melayu sepatutnya mempunyai produk yang boleh berjaya di pasaran sama ada dalam dan luar negara.

15. Mempunyai network.
 Melayu perlu mempunyai network agar saling bantu membantu sesama bangsa.Amalan ini telah diterapkan bangsa Cina dan mereka berjaya.

16. Membayar hutang dengan baik.
Melayu perlu membayar hutang dengan baik dan menguruskan perniagaan dengan betul. Hutang wajib dibayar walaupun satu sen. Ramai Melayu mengabaikan hutang dan ini menyusahkan pihak yang memberi pinjaman. Mereka yang tidak membayar hutang bukan sahaja menyusahkan dirinya sendiri, namun menyusahkan pihak lain. “Jangan jadi puak kecil.. tunggu di luar bandar. Apakah maknanya Tanah Melayu jika tak kuasai”

Sekian.. Sungguh dalam nasihat beliau buat kita.

Tuesday, October 22, 2013

Chocolate Chips - Hishamsuri Success

IMG-20130922-00529.jpgIMG-20130922-00530.jpg Semasa makan2 di Kedai Mamak tadi Hidayah Maju sebentar tadi, ternampak pulak cookies ini.  Nampak macam Mycookies yang sahabat  aku buat tu. tapi rasnya belum tahu lagi. Pengeluarnya ialah Hishamsuri Success Ent. Boleh lah cuba lepas ni.
Bagi aku, kalau cookies coklat, biar banyak chocolate chipnya, baru sedap.. yammm
Apapun aku menyikong semua cookies buatan tempatan.



Wednesday, July 31, 2013

Perencah Char Kuey Teow Otaku


Mempertengahkan satu lagi produk makanan IKS tempatan. Kali ini, keluaran negeri di utara tanah air atau negeri jelapang padi - Kedah ( Kedah pantang kalah, walau jatuh sakit dah rebah - lagu geng bolasepak kedah)... 
Oklah.. Untuk pengetahuan, perencah multi  purpose sauce ini amat sesuai mengoreng Char kuey Teow dan sebenarnya telah lama berada di pasaran dengan motoo "Depa lah kata seeeedap ". Perencah pelbagai guna ini juga boleh digunakan untuk mengoreng bihun ( favorite aku!), mee, mee sanggul, mee udang, mee manggi dan pelbagai lagi, pendek kata boleh belako...
Ianya MUDAH, CEPAT, SEDAP, BERKUALITI.... dari segi colornya pulak wuhhhh.. berkuali - 

Kalau nak tahu cara masak, mai cek nak habaq kat hampa semua.
Mula-mula, panaskan minyak , tumis bawang , masukkan undang dan sebagainya , masukkan 6 sudu perencah OTAku , masukkan secawan air udang , masukkan koteow, mi atau sebagainya. kacau hingga masakkan angkat dan hidangkan. Senangkan !!


Tunggu pa lagi cobalah hari ini..pasti menyelerakan. 



kalau anda mempunyai apa2 comment/ pertanyaan boleh share di ruangan comment di bawah.



Tuesday, July 30, 2013

Ceriakan Pagi Anda

Salam pagi yang ceria.
Produk-produk IKS yang kami edarkan semakin mendapat perhatian.

Produk-produk seperti biskut jenama MyKukis, Coconut Cookies, Kuah Rojak Kacang Mak Bee, Acar Buah Anee's, Serbuk Asam Boi Ayah Chik, Air Kordial Syawal, Air Berkarbonat Munira, Sos Sambal Kicap Maji dan juga kepelbagaian kerepek juga boleh didapati dengan kami. Ianya khas untuk Aidilfitri ini dan boleh juga dijadikan sebagai tanda kemeriahan di hari lebaran nanti.

Tak lupa juga buku ilmiah berbentuk keislaman yang ditulis oleh Saudara Muhammad Nazir bin Mohammed Khalid, seperti Buku Solat Bestari, Buku Smart Muqaddam, Buku Terjemahan Muqaddam (Juz Amma), Buku Belajar Tajwid dengan berkesan dan Pintar Al-Quran pun kami edarkan. Amat sesuai dijadikan teman sepanjang masa untuk golongan dewasa dan kanak-kanak.

Bagi yang mencintai pokok karas atau gaharu, sudah tentulah Buku 'Gaharu - Komoditi Khazanah' dijadikan rujukan dalam bidang ini yang terbaik berada dalam edaran dan pasaran kami.

Anda berminat tak dengan produk-produk edaran kami ini? Jom kongsikan minat anda dengan merealisasikan produk-produk yang anda inginkan di tangan anda dan bersama-sama kongsikannya dengan orang yang tersayang di hari lebaran.

Hubungi kami dengan sms / whatsapp : 019-3399349 @ 019-2857371 untuk tempahan dan pertanyaan.

Tuesday, July 23, 2013

Sos Sambal Kicap - Maji

Kali pertama terpandang sos ini teringat aku akan sos sambal mak aku. Ini tentu sedap punya. Rupa2nya sos sambal kicap dah pun dikomersial. Packaging sangat menarik. Empunya Resipi sambal kicap ini adalah Puan Maji Yusoff beralamat di Bandar Putra, Seri Kembangan, Selangor. Pengeluaran pernah mencecah 24000 botol sebulan!! Sangat memerangsangkan bagi sebuah industri kecil dan sederhana. Menurut seorang usahawan yg saya temui di Shah Alam, jenama ini pernah di tuduh meniru / menunmpang populariti nama manggi. Nanum, itu semua hanya tuduhan sahaja. Puan Muji secara sah boleh menggunakan nama 'muji' dalam produk nya. Teruk betul syarikat tu..nama Muji dan manggi - tak nampak sama langsung..itulah adat resam dalam menjalankan perniagaan. kepada sesiapa yg ingin mencuba boleh dapatkan di kedai berhampiran anda. Kalau anda berada kat seksyen 9, shah alam, anda boleh dapatkan di Pak Arif Freshmart. Ataupun cal 019.2857371 utk penghantaran secara POS.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, July 15, 2013

Kerepek untuk juadah Ramadhan dan Hari Lebaran


Salam ramadhan. Pelbagai kerepek untuk juadah ramadhan dan hari lebaran. Cepat sebelum terlewat. 

Untuk tempahan, boleh menghubungi En. Hafiz di talian 019-3399349.

Monday, July 1, 2013

Pakar membuat cenderahati

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.